6.0 PENGAJARAN ISIPADU CECAIR BAGI MURID YANG BERPENCAPAIAN TINGGI

Aktiviti pengajaran dimulakan dengan tayangan CD yang direka-khas untuk murid-murid Tahun 2 dengan tajuk “Measuring Volume of liquid using non-standard units” yang dimainkan melalui watak-watak kartun  dalam membuat ukuran isipadu cecair dengan menggunakan bekas minuman biasa seperti cawan , gelas dan jug.  Guru harus menerangkan bahawa air sebenarnya boleh diukur jumlah kandungannya sekiranya menggunakan alat yang betul.
            Ini diikuti dengan aktiviti pengajaran set induksi yang boleh dilangsungkan oleh guru dengan memulakan jalan cerita tentang Ahmad ada sebotol jus oren di mana Ahmad memberi setengah jus oren kepada adik perempuannya.  Namun adiknya mendapati setengah botol jus oren tersebut boleh dituang penuh ke dalam sebuah gelas.  Sambil bercerita guru harus mendemonstrasikan sebotol jus oren dituang ke dalam sebuah gelas.  Setelah bercerita guru perlu menulis seluruh jalan cerita ini di papan hitam dan mengulangi jalan cerita ini untuk memastikan kesemua murid-murid faham akan isi jalan ceritanya. 

            Setelah aktiviti bercerita ini selesai, guru perlu menerangkan bahawa oren jus yang diminum oleh dua orang adik-beradiknya itu sebenarnya merupakan salah satu cecair.  Guru perlu menerangkan dengan lebih jelas lagi bahawa air, minyak dan susu juga merupakan cecair.  Ini untuk memastikan supaya minda murid-murid tidak terbatas makna cecair hanya kepada bekas air minuman oren sahaja, tetapi meliputi juga air, minyak dan susu.  Ini seterusnya, guru harus memperkenalkan tajuk yang akan diajar, iaitu isipadu cecair.

            Untuk itu, guru meneruskan aktiviti lain dengan menyukat isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit pelbagai piawai. Aktiviti tersebut dijalankan dalam kumpulan dengan diawasi oleh guru.  Hasil pembelajaran adalah untuk menyukat isipadu cecair menggunakan unit-unit bukan piawai. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah pelbagai bekas kecil berlainan saiz (botol,gelas dan cawan), satu jag air yang besar. Langkah-langkah aktiviti tersebut ialah :
     1.      Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerja secara koperatif.
     2.      Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
     3.      Berikan satu set bekas yang berlainan saiz dan satu jag besar kepada setiap kumpulan.
     4.      Minta murid mengisikan jag tersebut dengan air.
     5.      Minta murid menganggarkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air  di dalam jag.
    6.      Minta murid mengisi botol untuk memeriksa anggaran mereka.
    7.      Ulang dengan bekas-bekas yang lain.
    8.      Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah:

Bekas
Botol
Gelas
Cawan
Anggaran



Ukuran sebenar




    9.       Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah :
        Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti ______ botol
        Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti ______ gelas
        Isipadu air di dalam jag adalah sama dengan kapasiti ______ cawan
10.  Minta murid berbincang mengenai ketiga-tiga jenis bekas tersebut (botol, gelas, dan cawan),
      yang mana satu mempunyai kapasiti paling kecil.
Selepas melakukan aktiviti pertama tadi , bagi menambahkan lagi kefahaman murid terhadap konsep isipadu cecair , aktiviti di bawah ini juga boleh membantu mereka dan bahan-bahan yang diperlukan ialah satu gelas minuman, satu jag air yang besar, satu baldi, dan satu teko. Antara langkah-langkahnya ialah :
   1.      Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerja secara koperatif.
   2.      Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
   3.      Berikan satu set bekas kepada setiap kumpulan.
   4.      Minta murid mengisi jag, baldi dan teko tersebut dengan air.
   5.      Minta murid menganggarkan bilangan gelas yang diperlukan untuk mengisi kesemua air di dalam jag tadi
   6.      Minta murid mengisikan air ke dalam gelas untuk memeriksa anggaran mereka.
   7.      Ulang dengan menggunakan baldi dan teko.
   8.      Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah:

Bekas
Jag air
Baldi
Teko
Anggaran



Ukuran Sebenar




  9.      Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah:
                Air di dalam jag air boleh memenuhi__________gelas 
                Air di dalam baldi air boleh memenuhi__________gelas 
                Air di dalam teko air boleh memenuhi__________gelas 
 10.  Minta murid membincangkan bekas mana yang mempunyai kapasiti paling kecil.
 11.  Arahkan murid supaya menyusun bekas secara menurun dari kapasiti paling besar ke yang paling kecil.
 12.  Arahkan murid supaya menyusun bekas secara menaik dari kapasiti paling kecil ke yang paling besar.  

            Selepas itu, guru meneruskan aktiviti pengajaran lain dalam usaha membantu murid-murid mengenal dan menamakan unit piawai liter serta simbolnya sekaligus.  Untuk ini guru harus menunjukkan satu silinder yang telah diisikan dengan air berwarna 1 liter lalu menerangkan kepada murid-murid sehingga mereka mempunyai alam kesedaran serta mampu menyebut bahawa “Banyaknya air berwarna dalam silinder itu ialah sebanyak 1 liter, yakni tidak lebih ataupun terkurang sukatannya”.  Rajah 6.1 menunjukkan satu silinder yang mengandungi 1 liter air berwarna.  Sehubungan ini guru harus menulis simbol liter sebagai ℓ di papan hitam lalu membimbing murid-murid menulis bersama di buku kerja masing-masing.


            Setelah didapati kesemua murid-murid sudah pandai menulis simbol liter sebagai ℓ, maka guru pula meneruskan aktiviti pengajaran lain dengan membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan, yakni setiap kumpulan diberikan satu baldi plastik dengan saiz yang berlainan.  Lantaran itu, terlebih dahulu murid-murid diarah membuat anggaran isipadu hasil daripada pemerhatian dan penelitian yang ada sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2 yang menunjukkan empat baldi plastik yang mempunyai saiz yang berlainan.  Murid-murid ini disuruh mencatat anggaran isipadu tersebut ke dalam lembaran kerja masing-masing.  Kemudiannya, setiap kumpulan menghantar seorang wakil masing-masing dengan tugasan mengisikan air dalam baldi itu dengan menggunakan silinder bersenggat 1 liter dan seterusnya mencari jawapan berapakah liter air yang boleh dimuatkan ke dalam keempat-empat baldi plastik yang berlainan saiznya.  Selepas aktiviti mengisi ini murid-murid disuruh merekodkan keputusan sebenar isipadu tersebut ke dalam lembaran kerja masing-masing.

Rajah 6.2  Baldi-Baldi Plastik Yang Pelbagai Saiz
            Sehubungan ini guru harus meneruskan aktiviti pengajaran lain dalam usaha membantu murid-murid mengenal dan menamakan unit piawai mililiter serta menulis simbolnya sekaligus.  Untuk itu, guru harus menggunakan satu silinder bersenggat 100 mℓ untuk mengisi air berwarna dalam silinder bersenggat 1 liter lalu menerangkan kepada murid-murid air berwarna dalam silinder kecil itu hanya mengandungi 1/10 air daripada silinder bersenggat 1 liter.  Rajah 1.10 menunjukkan silinder bersenggat 1 liter dan 100 mililiter.  Ini disusuli dengan langkah guru membimbing murid-murid meneliti kedua-dua senggat tersebut pada silinder 100 mℓ sehingga murid-murid boleh menyebut bahawa “Silinder kecil yang digunakan ini adalah bertujuan menyukat cecair yang kurang daripada 1 liter” mahupun dalam cara sebutan yang lain “Unit piawai yang digunakan ialah mililiter dengan simbolnya mℓ” ataupun “1ℓ cecair adalah sama dengan 1000 mℓ”.

Rajah 6.3  Silinder Bersenggat 1 Liter (ℓ) Dan 100 Mililiter (mℓ)
            Setelah kemampuan menguasai sebutan liter dan mililiter, guru meneruskan aktiviti dengan membahagikan murid-murid yang berpencapain tinggi ini kepada empat kumpulan, di mana setiap kumpulan akan diberikan satu silinder bersenggat 1 liter serta beberapa bekas lain yang meliputi cawan, mangkuk kecil, botol ubat, tin susu dan gelas untuk membolehkan mereka mencari isipadu airnya dalam unit simbol mℓ.  Rajah 6.3 menunjukkan sampel perkakasan yang digunakan dalam aktiviti ini.  Setelah aktiviti menyukat dilakukan oleh murid-murid, guru pun menyuruh mereka merekodkan keputusan mereka ke dalam jadual lembaran kerja mereka.  Jadual  menunjukkan sampel jadual lembaran kerja murid-murid.


                     Rajah 6.4  Perkakasan Silinder Bersenggat 1 Liter, Cawan, Tin Susu, Mangkuk Kecil, Botol Ubat Dan Gelas



Jadual 6.1  Jadual Lembaran Kerja Murid-Murid Mengikut Kumpulan


Ahli
Isipadu Cecair (mℓ) Dalam

Kumpulan
Cawan
Tin Susu
Mangkuk
Botol Ubat
Gelas
A





B





C





D













            Setelah aktiviti ini selesai, guru perlu menyediakan satu atur cara permasalahan matematik yang berkaitan dengan penggunaan liter kepada murid-murid untuk memastikan mereka benar-benar faham dan tahu cara menggunakannya dengan betul dalam menyelesaikan masalah harian.  Dalam hal ini guru menuju permasalahan soalan yang berbunyi “Seorang tukang cat  memerlukan 10 liter cat putih untuk mengecat tingkap-tingkap dan 8 liter cat biru lagi untuk mengecat pintu-pintu rumah.  Jadi berapakah liter cat yang mesti dibeli olehnya untuk aktiviti mengecat itu ?”.  Guru harus menyuruh murid-murid membaca soalan ini bersama-sama yang telah ditulis di papan hitam lalu memastikan murid-murid membacanya dengan teliti serta faham akan kehendak soalan.  Setelah itu, guru terus membimbing murid-murid menyelesaikan masalah itu dengan langkah-langkah yang dipermudahkan cara penyelesaiannya.  Guru perlu meronda untuk memberi tunjuk-ajar kepada murid-murid.

Comments

Popular Posts