3.0 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEPTUAL ISIPADU CECAIR TAHUN 2
Pengukuran ialah satu proses dimana satu nombor ditugaskan kepada satu sifat objek ataupun acara. Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid mempelajari topik ini dengan lebih berkesan. Berdasarkan proses pengukuran, perkembangan pedagogi berikut adalah dicadangkan bagi topik Isipadu Cecair Tahun 2.
i) Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
ii) Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
iii) Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
iv) Mengenalpasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair
v) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
vi) Memperkenalkan pengukuran-pengukuran piawai bagi isipadu cecair
vii) Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai dalam liter(l)
Comments
Post a Comment