4.0 TAYANGAN VIDEO ISIPADU CECAIR

Bahagian ini akan hanya membincangkan tajuk pengajaran isipadu cecair dengan menguna-pakai pilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aktiviti pengajaran bagi murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian tinggi dan rendah.  Dalam hal ini objektif pengajaran yang ditetapkan ialah diharap di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat menyukat isipadu cecair secara sebarangan, memahami bilangan sukatan adalah tidak sama jika alat penyukat yang berlainan digunakan untuk mengisi cecair dalam sesuatu ruang dan dapat menyukat isipadu dengan menggunakan unit mâ„“ dan â„“.  Untuk itu, bahan bantu mengajar yang akan digunakan termasuklah mesin tayangan multimedia, papan hitam, botol, cawan, tin susu, air berwarna, gelas, silinder 1 liter, silinder 100 mililiter, mangkuk kecil, botol ubat, baldi-baldi plastik dan lembaran kerja.  Kesemua bahan bantu mengajar seumpama ini didapati memenuhi kesemua kriteria kerana ianya dapat dicari dan dilaksanakan dalam persekitaran sebenar, jimat dari segi kewangan, sesuai diguna-pakai pada semua peringkat murid-murid dan ianya berhubung-kait rapat serta boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian murid-murid (Mok Soon Sang 1988: 126). Lantasnya, cara terbaik melangsungkan pengajaran dan pembelajaran tentang matapelajaran isipadu cecair ialah dengan memulakan pengajian kapasiti dengan menggunakan perbandingan langsung.

            Lantaran itu, perbincangan akan didahulukan dengan memilih satu video daripada internet yang menunjukkan bagaimana isipadu cecair diukur dalam bekas silinder bersenggat.
(attachment video disertakan dalam blog : Volume Liquid)
Ini untuk memastikan supaya murid-murid mempunyai kebangkitan alam kesedaran bahawa silinder bersenggat tersebut terdapat ruang ukuran tampungannya.  Oleh itu, bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian perlu dirangka dengan sebaik-baiknya.  Lantasnya, perbincangan akan disusuli dengan membina dua set bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan bagi murid-murid Tahun 2 dalam usaha membantu mereka mempunyai kefahaman tentang kapasiti dengan lebih baik lagi.  Berdasarkan kepada bahan bantu mengajar ini pula maka diselitkan dua aktiviti pengajaran yang berlainan standard bagi dua golongan murid-murid, yakni bagi murid-murid yang  berpencapaian rendah dan yang satu lagi bagi murid-murid yang berpencapaian tinggi.  Ini bermakna perbincangan akan didahulukan dengan bahan bantu mengajar serta aktiviti pengajaran yang bersesuaian bagi murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian rendah dan ini pula disusuli dengan perbincangan tentang bahan bantu mengajar serta aktiviti pengajaran yang bersesuaian bagi murid-murid Tahun 2 yang berpencapaian tinggi.

Comments

Popular Posts