1.0 PENGENALAN

Untuk Mengajar topik Isipadu Cecair dengan berkesan, anda perlu tahu mengenai beberapa aspek tentang pengukuran cecair beberapa aspek tentang pengukuran cecair. Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang anda sukat. Mungkin bunyinya mudah, tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi kanak-kanak. Seperti kanak-kanak melakukan perbandingan-perbandingan ini, mereka bukan sahaja meningkat kefahaman tentang sifat dan kosa kata yang dikaitkan, malahan mereka juga turut mempelajari langkah-langkah yang akan membantu mereka menentukan sesuatu nombor. Peringkat ini biasanya dipanggil pra-pengukuran, memandangkan tidak melibatkan apa-apa nombor.
Pengukuran-pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair boleh dijalankan seperti contoh aktiviti pengajaran di bawah.
Hasil pembelajaran : Untuk membuat perbandingan persepsi terhadap kapasiti.
Bahan-bahan : 3 gelas minuman yang sama saiz, tiga mangkuk yang sama saiz, 3 cawan yang  sama saiz, satu jag air yang besar
Langkah-langkah :
        1.        Pegang ketiga-tiga gelas.
        2.        Minta murid memberitahu persamaan di antara ketiga-tiga gelas.
        3.        Perkenalkan kosa kata”kosong”, “separuh penuh” dan “penuh”.
        4.       Semasa memperkenalkan kosa kata, minta murid tampil ke hadapan untuk mengisi air mengikut kosa  kata tersebut.
       5.        Minta murid menyusun gelas-gelas itu mengikut turutan dari kosong ke penuh.
       6.        Ulang dengan set-set bekas yang lain.

Comments

Popular Posts